Friday, April 12, 2013

leave me alone .

 assalamualaikum :')

bak kata amar
  betol kan ? jadi sekarang saya akan start rasa semua ni . takpe , mungkin ni balasan atas apa yang saya dah buat , kan ? Allah balas sekarang sebab Allah nak saya sedar yang selama ni apa yang saya buat tu salah . saya dah jauh terpesong . saya dah banyak lalai . Allah tahu apa yang terbaik untuk aku . dan awak pun dah tak perlukan saya lagi dah , buat apa saya terus mengharap , kan ? :')

  bila awak cakap jangan terlalu mengharap sangat dekat awak sebab sekarang awak pura-pura sibuk dengan saya . Ya Allah , hati saya ni hanya Allah je yang boleh tahu . rasa macam nak menitis terus je air mata ni . sampai hati awak . salah ke kalau terus terang ? daripada awak seksa saya macam ni berminggu-minggu . terima kasih awak . saya faham apa yang awak cuba sampaikan . dan saya harap awak pun faham apa yang saya cuba ungkapkan . awak minta maaf tapi awak teruskan juga buat benda yang sama . sakitnya wak . Allah je tahu . mungkin ni salah satu cara Allah nak sedarkan saya . mungkin ni salah satu cara Allah nak saya berhenti buat benda ni . takpe , insha-Allah lepas ni saya tak ganggu awak lagi dah . saya akan cuba untuk tak terus berharap dengan awak lagi dah . abaikan segala yang pernah saya ungkapkan sebelum ni . dan mungkin sebab sayang ni la saya kena lepaskan awak . even saya berat hati nak lepaskan tapi saya mesti lepaskan jugak . mungkin sampai sini je antara kita . perit sangat , rasa macam ada benda yang menghalang anak tekak saya untuk menelan . takpe , bahagia akan menyusul selepas keperitan , kan ?

  petang semalam amar ada post short film dekat wall dia . bila saya tengok film tu , saya sedar mungkin tu juga salah satu cara Allah nak buat saya sedar . nak saya berhenti buat benda ni . saya berdosa , awak pun turut sama berdosa . and mungkin awak buat macam tu dekat saya sebab awak dah bosan dengan saya . jadi Allah bagi saya jawapan malam ni biar saya tak terus menunggu , tak terus menanti . Allah buat macam ni biar hati saya tak terus sakit . hati awak tak terus sakit sebab saya . kan ? :')


ni short film yang amar post . terima kasih amar . :)

 sepanjang aku tengok short film ni , aku sedar semua tu ada kaitan dengan aku . mungkin keputusan yang aku ambil tu sama macam yang perempuan dalam film tu ambil tapi aku rasa saat ni aku jadi macam lelaki tu . tak tentu hala . mungkin sebab aku dah jauh sangat terpesong . dah banyak sangat aku lalai . dulu aku janji aku taknak buat , tapi bila dia muncul balik dalam hidup aku . aku salah buat keputusan . sepatutnya aku teguh dengan pendirian aku . sepatutnya aku boleh sabar dengan ujian Allah . tapi hakikatnya aku tak teguh dengan pendirian aku . aku tak sabar dengan ujian Allah . sebab tu aku jadi macam ni sekarang . and mungkin ni juga balasan sebab aku pernah hampakan orang yang berharap dengan aku . yang setia menunggu aku . even dia jauh dia perantauan , dia still lagi ambil tahu pasal aku . lamar aku depan public . tapi masa tu aku ada dia . aku angkuh sebab aku ingat kami boleh kekal tapi rupa-rupanya tak . dan dalam masa yang sama aku dah lukakan dua hati yang setia , yang ambil berat tengtang aku dalam diam . tapi patut ke aku bagitahu semua ni sekarang ? setelah hati aku terluka baru aku nak belajar menghargai ? macam tu ke ? :( mungkin Allah nak aku rasa apa yang diaorang rasa , kan ?

  takpe , leave me alone . saya kuat , saya boleh lalui semua ni . Allah dah hadirkan teman-teman yang setia disamping awak . walaupun saya cuba setia , tapi kalau takde keberkatan apa gunanya , kan ? saya sayang awak kerana Allah . jadi saya kena lepaskan awak pun kerana Allah .

 " Kalau kita kehilangan seseorang , kita sebenarnya kehilangannya atas alasan yang tertentu . Anggaplah kehilangan itu kerana Allah yang mengambilnya , kerana Allah mempunyai sesuatu yang lebih baik yang ingin diberikan kepada kita . "

 " Mungkin cara saya kasar bagi awak. Maaflah, saya terpaksa sebab saya tanak kita berdua terluka. Saya tahu awak kuat. Saya doakan awak bahagia . " :')

  jangan pernah mengharap pada yang tak sudi kelak mungkin memakan diri . Allah tahu apa yang terbaik . La Tahzan , Innallah Ma'anna . :') saya doakan awak bahagia . mungkin ni yang terbaik untuk awak . saya takpe , pokok betik tepi rumah ada . saya boleh peluk dia , saya boleh luah dekat dia . even dia tak boleh bercakap tapi dia boleh dengar apa yang saya cakap , apa yang saya luah . mungkin dia lagi memahami apa yang saya lalui berbanding orang lain . dan mungkin ada yang gembira dengan keputusan yang saya buat ni , takpe tu hak dia . kita tak boleh nak paksa orang suka dengan kita , kan ? :')

La tahzan . Innallaha ma'ana .

assalamualaikum .


No comments:

Post a Comment