Saturday, October 20, 2012

soalan percubaan pengajian am ( sem 1 , objektif + esei )


  1. Negara demokrasi berparlimen merujuk kepada ciri-ciri
    | Ahli kabinet dilantik dari kalangan ahli dua majlis parlimen
   || Ketua kerajaan boleh " diturunkan " melalui undi tidak percaya
  ||| Ketua negara menjadi lambang dan menjalankan kuasa pemerintahan
 |v Dotrin pengasingan kuasa diamalkan untuk mengelakkan salah guna kuasa

 A | dan ||
 B | dan |v
 C || dan |||
 D ||| dan |v

 2. Antara penyataan berikut , yang manakah menyebabkan penamaan sebagai calon Dewan Undangan Negeri ditolak semasa hari penamaan calon ?

 A tidak mendaftar sebagai pemilih
 B wang pertaruhan ditaja oleh parti politik tertentu
 C alamat dalam borang pencalonan menunjukkan calon bermastautin di negeri yang tidak sama
    dengan kawasan yang ditandingi
 D pencadang menggunakan alamat tempat tinggal yang tidak sama dengan bakal calon tetapi masih
    dalam kawasan yang ditandingi

3. antara penyataan berikut , yang manakah yang berkaitan dengan badan perundangan ?

 A tempoh lima tahun penggal parlimen bermula daripada tarikh pembubaran parlimen
 B suruhanjaya pilihan raya berhak membatalkan keputusan calon yang memenangi pilihan raya
    secara tipu muslihat
 C proses pilihan raya boleh diadakan secara berasingan antara kawasan parlimen dengan kawasan
    dewan undangan negeri
 D jika encik X dilantik sebagai senator , tempoh memegang jawatan adalah tidak lebih dua penggal
     iaitu 8 tahun sama ada secara berterusan atau sebaliknya

4. yang manakah merupakan ahli ex-officio dewan undangan negeri melaka ?

 A mufti negeri
 B pegawai kewangan negeri
 C setiausaha kerajaan negeri
 D penasihat undang-undang negeri

5. antara berikut , yang manakah merupakan fungsi majlis raja-raja ?
 | memberi nasihat mengenai pelantikan ketua audit negara
 || mengarahkan kabinet mengubah dasar-dasar kerajaan yang menimbulkan bantahan rakyat
||| memberi persetujuan kepada cadangan perubahan sempadan negeri di semenanjung malaysia
|v memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penganugerahan pingat-pingat
   kebesaran negara

6. antara amalan berikut , yang manakah yang perlu dipatuji untuk memastikan tadbir urus yang
   baik ?
 | ketulusan
 || akauntibiliti
||| pengekalan prestasi
|v mematuhi undang-undang

A | dan ||
B | dan |||
C || dan |v
D ||| dan |v

7. antara mesyuarat berikut , yang manakah berperanan untuk menyelaraskan tadbir urus antara
    kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri ?
  | mesyuarat majlis raja-raja
 || mesyuarat majlis perancangan negara
||| mesyuarat setiausaha-setiausaha kementerian
|v mesyuarat menteri-menteri besar / ketua menteri

A | dan ||
B | dan |v
C || dan |||
D ||| dan |v

8 . * jackie dilahirkan di puau pinang pada 25 september 1960
     * bapanya warganegara poland manakala ibunya rakyat thailand
 antara yang berikut , yang manakah mengenai taraf kewarganegaraan jackie ?

 A bukan warganegara
B warganegara secara masukan
C warganegara secara pendaftaran
D warganegara secara kuatkuasa undang-undang

10. antara yang berikut , yang manakah merujuk kepada setiausaha kerajaan negeri ?

 A ketua perkhidmatan awam
 B menjalankan kuasa eksekutif di peringkat negeri
C mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri
D ahli jawatankuasa perhubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri

11. ketua audit negara bertanggungjawab untuk
  | menjelaskan kelemahan dalam perbelanjaan
 || menyiapkan laporan tentang akaun perbelanjaan
||| menerima dan mengutip caruman daripada majikan
|v menggubal dasar-dasar dan menguruskan pinjaman perumahan bagi kakitangan awam

A | dan ||
B | dan |v
C || dan |||
D ||| dan |v

12. antara penyataan berikut , yang manakah merujuk kepada suruhanjaya ?

A ahli majlis parlimen boleh menjadi ahli suruhanjaya
B saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh perlembagaan
C ahli-ahli boleh dipecat hanya melalui syor oleh satu tribunal penyiasatan
D boleh memegang jawatan selagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

14. antara yang berikut , yang manakah merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke atas negeri sabah ?

 A melantik majistret bagi mahkamah sivil di negeri tersebut
 B melantik Yang di-Pertuan Negeri dengan syor dari Perdana Menteri
 C membubarkan DUN setelah disyorkan oleh Perdana Menteri
 D menandatangani rang undang-undang yang diluluskan oleh DUN

15. * menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian
     * mengabungkan kepakaran terbaik dari sektor awam dan sektor swasta
     * menyokong penyampaian program transformasi kerajaan dan program trasformasi ekonomi
 penyataan diatas merujuk kepada agensi

 A unit penyelarasan pelaksanaan (UPP)
 B unit kerjasama sektor awam swasta (UKAS)
 C unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan (PEMANDU)
 D unit pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan malaysia (MAMPU)


 BAHAGIAN C

1. kualiti hidup amat penting dalam kehidupan bernegara .cadangkan usaha-usaha bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat malaysia .

2. tenaga muda yang berpotensi perlu untuk membangunkan negara dalam pelbagai bidang . namun usaha membagunkan potensi tenaga muda menghadapi pelbagai rintangan .jelaskan .

3. masalah berkait ekologi semakin serius dan turut dirasai kesannya di negara kita .oleh itu , usaha ynag bersepadu perlu dilaksanakan untuk menanganinya .bincangkan .


                                                                               nur nabilah zakaria
                                                                             SMK Tengku Ibrahim

wanted .



 assalamualaikum , hyee . :'D

   okeyh , now tetibe pulak rase nak story sal budak gemuk kesayangan aku yang sorang nih . pipi dia , ko jangan cakap la . baru nak senyum pun dah naik , ni kan pulak bila dia dah start ketawa hantu dia tuu . sampaikan dengan aku-aku sekali ketawa macam dia . perghh ! kalau dia senyum , aku sendiri pun boleh cair *takde la cam budak laki* . yang paling aku suka pipi dia la and mata dia . dia ni jenis yang suka pakai celak . bila dia dahh start menggila nak pakai celak , tunggu la kauu . cikgu marah pun dia buat tak tahu . dia tetap jugak pakai tapi nipis jela . bila cikgu tanya dia jawab la , " eayh , takde la . mata saya memang camni pun . " sambil pandang-pandang aku . nak suroh aku bela la tuu . :p 

  tapi tu sume mase kteorang stay at kem PLKN dulu-dulu laa . *tak lame mane punn , rindu* hurmm , aku kenal dia ni mase stay dekat kem padang kacong . aku tiga orang yang last masuk dorm tu . sorang kawan satu skola dengan aku , sorang lagi pulak kawan kepada kawan aku . *faham takk ?* . yang satu skola dengan aku ni dapat katil at depan . sebab dia masuk awal sikit jee dari aku and kawan baru aku tuu . jadi disebabkan kteorang berdua lambat , kteorang terpakse terima je mane-mane katil pun . kteorang masuk pintu hadapan , tapi dapat katil yang paling belakang . lenguh jugak nak sampai dekat katil tuu , da la beg punyer bapak besar . *malu , sume tengok* nasib baik ada lagi dua katil kosong . sebelah menyebelah pulak tuu . boleh la kteorang duduk same-same . tapi aku terpakse duduk hujung skali sebab kawan baru aku tu nak duduk katil yang lagi satu . first day at sane memang berkepit dengan dia je . al-maklumla , tak kenal sape-sape pun lagi mase tuu . schoolmate pun dah macam tak kenal kawan sendiri da punn . * sadis *

  tapi bukan kawan baru aku yang tu yang aku nak story dekat sini . hehe tapi yang lagi sorang . yang duduk at katil depan aku . *sape yang duduk depan katil aku erkk ? * HAHA " eleyhh , intro punyer la panjang .last-last bukan budak tuu . t kecik hati dengan kau , baru kau tahu ! "



  agak-agak korang ingat lagi tak ni tulisan sape ? rindu nak tengok budak ni tertunduk-meniarap bagai sebab nak menulis .pernak skali tuu , dia pergi duduk depan pintu .dengan rambut yang serabai bagai .aku yang baru je nak tidur ni terkejut kau jangan cakap la .rase macam nak tendang-tendang je biar masuk longkang depan pintu tuu .menakutkan orang je pandai .malam pulak tuu .nasib baik bukan malam jumaat . HAHA pe kes kalau malam jumaat pun , kann ? :p


baju kelas

  apa yang kami suke ?? kami suke makan eskrem bile kami tengah bengang + sakit hati + sedih + happy + bangang ( uh ? bangang ? ada ke ?? ) + sume time la kami akan makan eskrem tuu . even hari tengah hujan skali pun . gila takk ? haha tak reti sejuk betoll . tapi kadang-kadang semek ni suke sangat menyibuk nak curi cadbury aku . sebab aku memang simpan leklok laa cadbury aku tuu . time takde eskrem or duduk borak-borak , ketawa bagai nak rak . mase tu kami akan makan cadbury tuu . tapi kalau dengan budak-budak gajah boleh terbang tuu , tak sempat nak tengok , da lesap da cadbury tuu . mahal tuu weyy ! HAHA

pantang nampak camera , mule la nak menggatal depan lens tuu . sampai kekadang da tak tahu nak buat gaye apa da . ape punyer keje pun aku tak tahu . nasib baik + nasib buruk jugak la sebab mase tuu aku gune handphone murah jee . :(  * muke mintak belas ihsan * tapi takpe , sebab sempat jugak aku hambik pics diaorang gune camera . auwmm ! HAHA * da nak start menggila * tuu belom masuk budak-budak gajah boleh terbang lagi tuu . kalau budak-budak tu masuk skali aku pun tak tahu apa la yang akan jadik dengan camera aku tuu .

benda ketiga yang kteorang minat ialah TAYLOR SWIFT !!!!! wahhhh , memang minat gile-gile-gile la dekat minah nii . * jage sikit ayat tuu , okey .sorry * dah la cantik + cute-miut + comell + suare best + macam-macam laa . taylor ni sebenarnya kakak budak gemuk kesayangan aku tuu . and dalam mase yang same minah ni jugak adik aku . * boleh faham takk ? * antara lagu yang aku ingat ape erkk ? haha tetibe pulak boleh lupe . tapi yang penting " wish you where here " . * walaupun takde kene mengena langsung ! * haha tapi budak chubby ney ada minat sorang mamat omputih nii , tapi aku lupa0lupa ingat name dia . haha japp , ni pic budak yang aku cakap tadi tuu . * hensem sangat k ? :p *


lepasss tuu kann , kami suke makan nutella . ingat lagi mase masuk hutan a.k.a WIRAJAYA ( memang berjaya sakan la kami . haha ) kami-kami a.k.a aku , budak gemuk and budak-budak gajah boleh terbang makan benda ni laa . da malas sangat nak masak , kann ? camne nak masak da kalau basah kuyup jee , mandi hujan je sepanjang duduk sane . bau busuk kau jangan cakap laa . kau letak ayam kat sebelah mesti kau pun rase yang diri kau tuu da macam bau ayam da punn . * sibuk pakat bau badan sendiri , haha * just makan dengan roti je punn . bila roti da habis tapi nutella still lagi ada , apa lagi . ratah camtuu jela nutella tu . berebut cam ayam berak kapur jee . HAHA

aku ni jenis yang suke buli dia . tapi dia lagi suke buli aku . bila kteorang start gaduh , mule la dia buat perangai pekak badak dia tuu . rase macam nak terajang pun ada . jual mahal , aku tegur buat dekk jee . kan da kene tanye dek ariff . haha :p padan muke . bile tanye , sakit hati dengan aku ke , jawab takkkk ! apa ? kau ingat senang ke nak pujuk kau punyer rajuk tuu ? punyer la susah sampai aku pulak yang merajuk . haa , mase tuu baru kau tahu betape geram nye aku dengan kauu time kau merajukk . tahu takk ? aku snuyi gile bile kau tak tegur aku , sedih sangat .sampai pernah nanges , kauu tahuuuuuuu ?? :'( tapi kau still buat peragai dekk kau tuu . geram pulak akuu dibuatnya .

budak gemuk ni la yang salu kene dengar masalah-masalah kewarganegaraan aku tuu .kadang-kadang kesian jugak . tapi , biarlahh . dia dengar aku , aku dengar diaa . deal kann ? :) ney antara pics benda yang kami suke . benda yang kami salu buat . * kakk , b rindu muu ! rindu sangat . dop reti nok oyap gane bia mu paham . hope one day t aku leyh peluk cium mu puas-puas sebelom akuu takde . *


pic ni TMZ yang editkann , :)



haha . kak ! mu la nii . :p


eskrem tuu kak weyhh !


" la tahzan . innallaha ma'ana . "


hope friendship kita akan jadi cam warga pelangi ni . :D


:p


nutella ! haha


auwmm ! taylorr . >.<

kat bawah ney pulak pics mase kteorang at kem plkn padang kacong , marang . :) also pics dia skrang .


malam last . tapi sayang dolce takde .



aku lupa-lupa ingat bila kite amek gambar ni .


bergaya sakan kau yee ? tapi pakai baju inner loreng ! haha :p


miss you too . :*


DP fesbuk dia mase last aku tengok .


mase kelas integrasi .


kakak and adik . :p ( ingat lagi betape malu nye aku mase ni , haha )


camne aku tak rindu pelukan kau , kalau asyik kau je yang peluk akuu ? :'(


kelas with anti-Dadah Kebangsaan . ( caw.marang ) * abaikan yang tak senonoh at depan tuu . ==' *


4 puteri dari kayangan . :)


iloveyousofuckingdamnmuch !


granny , aku and kaklomss . * rindu jam and cincin tuu *


jangan nak marah sangat la sebab aku letak pic nii . HAHA :p


tetibe pulak rindu dekat mamat sebelah aku tuu . haha
with kakak , ijam , arif and akuu . :)


ntah pape . =="


yeayhh !


the only reason people hold on to memories so tight is because memories are the only things that dont change when everything else does . >3


okeyy , dahh ! entry kali ney berat dengan picss je . haha
actually , name dia wan nur ain syuhada wan suhaimi . :)

      p/s : weyhh minah chubby ! aku rindu kau la .bile nak jumpe haa ? kau da tak sayang aku erkk ? kau ingat JANJI kita dulu . " kawan sampai gajah boleh terbang " so , kau pikir sendiri la bile gajah tuu boleh start terbangg , k ? kalau aku tahu or aku dengar dari sape-sape yang kau da tak sayang aku , siap kau aku kerjakann . aku penyek-penyek buat cekmekk baru kau tahuu . HAHA

                                                                                       yang benar ,
                                                                      - adik yang paling kau sayang . haha -

Monday, October 15, 2012

soalan percubaan pengajian am . ( sem 1 , subjektif )


 1. " Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia "

 (a) nyatakan dua alasan untuk menyokong pernyataan di atas . [2]
  ...........................................................................................
  ...........................................................................................

(b) nyatakan dua cara pindaan kepada perlembagaan persekutuan . [2]
  ...........................................................................................
  ...........................................................................................

2. (a) nyatakan dua tanggungjawab kolektif anggota kabinet . [2]
  ...........................................................................................
  ...........................................................................................

(b) nyatakan tiga situasi yang menyebabkan seseorang anggota kabinet hilang jawatannya . [3]
  ...........................................................................................
  ...........................................................................................
  ...........................................................................................

3. (a) nyatakan dua hak perlindungan atau keistimewaan yang dinikmati oleh seseorang hakim dalam undang-undang malaysia . [2]
  ...........................................................................................
  ...........................................................................................

(b) nyatakan dua bidang kuasa yang hanya ada pada Mahkamah Persekutuan . [2[
  ...........................................................................................
  ...........................................................................................

                                                X
        BADAN BERKANUN                BADAN TIDAK BERKANUN

4. nyatakan dua tujuan penubuhan agensi X di atas . [2]
  ............................................................................................
  ............................................................................................


                                                                                      nur nabilah zakaria .
                                                                                    SMK Tengku Ibrahim .