Saturday, June 29, 2013

Hubungan Kita dengan Sang Pencipta

 Assalamualaikum ,

  setelah berkurun kejapnya aku tak menghupdate belog yang semakin bersawang ni . harini , today , saat ni , Alhamdulillah , kerajinan tu datang jugak akhirnya . ekcelli kan , bukannya aku taknak update tapi tak sempat + malas . hahaha kay , fine . sikit pun tak lawak . -,- okay , sekarang tibalah masanya . rajin-rajinkanlah dirimu itu untuk membaca catatanku ini sampai habis dengan segala kudrat yang dikau miliki . seperti mana diriku memaksa diri ini untuk menghupdate belogg ni malam ni . dalam kiraan 10 ... 9 , 8 , 7 ,6 , 5 , 4 , 3 , 2 , 1 . baca !

 Apa yang penting ialah , kita perlu sentiasa menguatkan tali ikatan kita pada Sang Pencipta . sentiasa berprasangka baik pada Allah dan sentiasa mentaati semua perintahnya dengan :


  1. sentiasa memperbaharui dua kalimah syahadah . sentiasa melafazkan keislaman diri melalui pengakuan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah .
  2. jagalah solat 5 waktu kerana sesungguhnya ia adalah tiang agama dan tali utama sebagai penghubung kepada Allah S.W.T .
  3. memperbanyakkan solat-solat sunat sepert solat sunat dhuha , taubat , tahajud dan witir .
  4. membaca Al-Quran dan maksudnya . banyak rahsia Allah di dalamnya . malah Al-Quran adalah jawapan bagi segala rahsia Allah dan sebagai penawar segala penyakit kecuali mati .
  5. perbanyakkan puasa sunat . sesungguhnya puasa boleh membendung hawa nafsu .
  6. berkumpul dengan orang-orang yang soleh . sesungguhnya bersahabat dengan orang-orang yang baik kebarangkalian untuk kita menjadi seorang yang baik juga tinggi .
  7. berzikir selalu , basahi bibir dengan berzikir supaya dapat membersihkan jiwa .
  8. banyakkan bersedekah selain daripada zakat supaya dapat membersihkan harta dan jiwa . ia juga boleh menghakis sifat rakus pada harta benda .
  9. memahami dan ingat nama-nama Allah melalui Asma ul husna .
  10. bermuhasabah diri dengan sentiasa mengingatkan mati . segalanya adalah milik Allah S.W.T dan ingat dari Allah kita datang dan kepada Allah jugalah kita akan kembali .
 dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T , insha-Allah , Allah S.W.T akan sentiasa bersama kita dan menolong kita dalam semua urusan duniawi dengan memberi hidayah dan kekuatan iman dalam sanubari kita .  oleh itu , kukuhkanlah hubungan kita dengan Allah S.W.T Yang Maha Esa .

 wallahu'alam . :D