Friday, April 12, 2013

leave me alone .

 assalamualaikum :')

bak kata amar
  betol kan ? jadi sekarang saya akan start rasa semua ni . takpe , mungkin ni balasan atas apa yang saya dah buat , kan ? Allah balas sekarang sebab Allah nak saya sedar yang selama ni apa yang saya buat tu salah . saya dah jauh terpesong . saya dah banyak lalai . Allah tahu apa yang terbaik untuk aku . dan awak pun dah tak perlukan saya lagi dah , buat apa saya terus mengharap , kan ? :')

  bila awak cakap jangan terlalu mengharap sangat dekat awak sebab sekarang awak pura-pura sibuk dengan saya . Ya Allah , hati saya ni hanya Allah je yang boleh tahu . rasa macam nak menitis terus je air mata ni . sampai hati awak . salah ke kalau terus terang ? daripada awak seksa saya macam ni berminggu-minggu . terima kasih awak . saya faham apa yang awak cuba sampaikan . dan saya harap awak pun faham apa yang saya cuba ungkapkan . awak minta maaf tapi awak teruskan juga buat benda yang sama . sakitnya wak . Allah je tahu . mungkin ni salah satu cara Allah nak sedarkan saya . mungkin ni salah satu cara Allah nak saya berhenti buat benda ni . takpe , insha-Allah lepas ni saya tak ganggu awak lagi dah . saya akan cuba untuk tak terus berharap dengan awak lagi dah . abaikan segala yang pernah saya ungkapkan sebelum ni . dan mungkin sebab sayang ni la saya kena lepaskan awak . even saya berat hati nak lepaskan tapi saya mesti lepaskan jugak . mungkin sampai sini je antara kita . perit sangat , rasa macam ada benda yang menghalang anak tekak saya untuk menelan . takpe , bahagia akan menyusul selepas keperitan , kan ?

  petang semalam amar ada post short film dekat wall dia . bila saya tengok film tu , saya sedar mungkin tu juga salah satu cara Allah nak buat saya sedar . nak saya berhenti buat benda ni . saya berdosa , awak pun turut sama berdosa . and mungkin awak buat macam tu dekat saya sebab awak dah bosan dengan saya . jadi Allah bagi saya jawapan malam ni biar saya tak terus menunggu , tak terus menanti . Allah buat macam ni biar hati saya tak terus sakit . hati awak tak terus sakit sebab saya . kan ? :')


ni short film yang amar post . terima kasih amar . :)

 sepanjang aku tengok short film ni , aku sedar semua tu ada kaitan dengan aku . mungkin keputusan yang aku ambil tu sama macam yang perempuan dalam film tu ambil tapi aku rasa saat ni aku jadi macam lelaki tu . tak tentu hala . mungkin sebab aku dah jauh sangat terpesong . dah banyak sangat aku lalai . dulu aku janji aku taknak buat , tapi bila dia muncul balik dalam hidup aku . aku salah buat keputusan . sepatutnya aku teguh dengan pendirian aku . sepatutnya aku boleh sabar dengan ujian Allah . tapi hakikatnya aku tak teguh dengan pendirian aku . aku tak sabar dengan ujian Allah . sebab tu aku jadi macam ni sekarang . and mungkin ni juga balasan sebab aku pernah hampakan orang yang berharap dengan aku . yang setia menunggu aku . even dia jauh dia perantauan , dia still lagi ambil tahu pasal aku . lamar aku depan public . tapi masa tu aku ada dia . aku angkuh sebab aku ingat kami boleh kekal tapi rupa-rupanya tak . dan dalam masa yang sama aku dah lukakan dua hati yang setia , yang ambil berat tengtang aku dalam diam . tapi patut ke aku bagitahu semua ni sekarang ? setelah hati aku terluka baru aku nak belajar menghargai ? macam tu ke ? :( mungkin Allah nak aku rasa apa yang diaorang rasa , kan ?

  takpe , leave me alone . saya kuat , saya boleh lalui semua ni . Allah dah hadirkan teman-teman yang setia disamping awak . walaupun saya cuba setia , tapi kalau takde keberkatan apa gunanya , kan ? saya sayang awak kerana Allah . jadi saya kena lepaskan awak pun kerana Allah .

 " Kalau kita kehilangan seseorang , kita sebenarnya kehilangannya atas alasan yang tertentu . Anggaplah kehilangan itu kerana Allah yang mengambilnya , kerana Allah mempunyai sesuatu yang lebih baik yang ingin diberikan kepada kita . "

 " Mungkin cara saya kasar bagi awak. Maaflah, saya terpaksa sebab saya tanak kita berdua terluka. Saya tahu awak kuat. Saya doakan awak bahagia . " :')

  jangan pernah mengharap pada yang tak sudi kelak mungkin memakan diri . Allah tahu apa yang terbaik . La Tahzan , Innallah Ma'anna . :') saya doakan awak bahagia . mungkin ni yang terbaik untuk awak . saya takpe , pokok betik tepi rumah ada . saya boleh peluk dia , saya boleh luah dekat dia . even dia tak boleh bercakap tapi dia boleh dengar apa yang saya cakap , apa yang saya luah . mungkin dia lagi memahami apa yang saya lalui berbanding orang lain . dan mungkin ada yang gembira dengan keputusan yang saya buat ni , takpe tu hak dia . kita tak boleh nak paksa orang suka dengan kita , kan ? :')

La tahzan . Innallaha ma'ana .

assalamualaikum .


Wednesday, April 10, 2013

NurShamila Idayu binti Shamsul

 assalamualaikum , hyee ! *tengah happy ni* okeh . semangat nak berstory membara-bara ni . haha key , tak lawak . :3 bersedialah untuk baca karangan tahap budak STPM ni . hahahaha


ateh punya ayat . HAHA


 dekat sekolah tadi aku ada terdengar miza dengan eyqa duk story-story . eyqa tanye nak pergi ke tak , kenape taknak pergi . woii , pergi mane ? apa yang taknak ? pelik aku . then eyqa jawab nanti balik sekolah nak pergi sambut birthday mylla . wahhh , aku pulak yang terlebih exsaitedd . haha kay , memang nak pergi sangat . usha punya usha , eyqa pun ajak la aku join sekali . berbunga-bunga hati ni woii . haha best tu , dapat buat suprise dekat kawan . dah lama dah kot aku nak buat kerja gila macam ni. tak sabar . seriously , TERUJA . :D

 lepas tu tetibe je ekin masuk kelas cakap nanti pukul 2 ada kelas pengajian perniagaan . otak dah fikir macam-macam dah ni . takut jugak kalau tetibe plan tak jadi . sebab mylla tak tahu pun yang kitaorang nak buat suprise dekat dia . then , ateh datang . sambil-sambil tanya MUET , sempat jugak jeling-jeling dekat mylla . bincang pasal plan nak buat suprise tu . tahap ketakutan kalau-kalau tetibe plan tak jadi tu memang menggunung ah .


 belajar , belajar and belajar . sempat la jugak story-story dengan mylla . aku ingat kan mylla dah dapat tangkap dah apa yang aku cakap sebab aku cakap ada la jugak niat nak sambut birthday karim . tak pun masa tu mesti mylla fikir " ala , birthday aku taknak pulak kau sambut . " haha mane la tahu , kann ? :p jangan risau lorhh sayang . plan dah ada dah , tunggu masa je nak jalankan . atototo , ayat . kemain pulak aku eh ? haha

 kelas habis pukul 3.30 . tak solat lagi . ajak mylla , cakap dah lama plan nak makan pizza tapi asyik tutup je . harini gerai pizza tu bukak jadi boleh la pergi makan . tapi mylla buat hal la pulak . banyak alasannya . tapi tak solat tu memang bukan alasan kay ? sebab dah nak pukul 4 . tu dah dikira lewat dah . aku respect mylla kalau bab solat . :D ada pepatah cakap " kalau nak cari kawan , cari kawan yang solat dia diawal waktu . kalau dia boleh setia dengan Allah , maknanya dia pun insha-Allah boleh setia dengan kita . " get it ? banyak gila alasan mylla . lagi satu maybe dia fikirkan nadia kot , yela . nantikan kalau nadia terasa susah pulak . sebanyak mana alasan yang mylla bagi , sebanyak tu jugak la alasan yang kitaorang cipta dan bagi . muka ni tak payah cakap la , dah tak tahu nak buat mimik macam mana lagi dah . nak suruh jugak mylla percaya yang harini gerai tu bukak . cakap ada surau dekat area gerai tu la . boleh solat kat situ . nanti ateh yang akan hantar balik asrama . kau tengok , keluar masuk asrama macam rumah sendiri dah . hahaha jangan sampai kantoi and kena marah dengan cikgu ani sudah la . nanti dengan kitaorang sekali join tadah telinga . pedih tuu . haha setelah berbagai alasan dicipta and direka kemudian digunakan , mylla pun setuju lah . ALHAMDULILLAH . happy . baru nak cakap , then ateh or sape tah cakap , aku lupa . dia cakap " mylla dah setuju tu , dah jangan tanya . nanti buat nya dia cancel balik , susah " .

atototo ateh lap krim dekat muka aku . sweet la sangat , kan  ?  :3
 so mase on the way nak pergi dekat kereta , boleh pulak kitaorang lupa yang kereta miza penuh . sebab zaidah , aini dengan echu tumpang balik sekali . so , terpaksa lah suruh mylla dengan zieyra naik dengan miza . aku , ateh , aini , eyqa dengan noha naik kereta ateh . cipta alasan lagi . ateh cakap , takpe nanti ateh hantar aku dengan noha dekat gerai then lepas tu baru pergi ambik barang yang konon-kononnya akak ateh pesan suruh pergi ambik . mase makan tu , miza mesej dia tanya mylla macam mana sebab dalam kereta mylla senyap je . bila sampai je dekat gerai pizza tu , ateh dengan eyqa pun terpaksa turun sekali sebab takut mylla syak dengan plan kitaorang ni . then , order la pizza dengan air . boleh pulak buat blur time syafiq ( anak pemilik gerai ) tu datang minta order . haha sorry la bro . kalut . mylla pulak buat muka masam macam baru lepas minum cuka . tak tahu nak cover macam mana lagi dah . mesti dia ingat kitaorang ni jahat kan ? tak kesah , sebab plan kitaorang menjadi . ALHAMDULILLAH . :D

 dalam 5 minit lepas tu , ateh pura-pura jawab fon . dia cakap dengan akak dia . padahal tak pun . haha kesian mylla . jahat kan kitaorang ? mylla dah la badmood , kitaorang tambahkan lagi moody dia . memang la bengang . kalau aku pun mesti aku bengang . ateh pun cakap dengan mylla yang dia terpaksa pergi ambik barang yang akak dia suruh , ateh cakap takpe kejap je . tapi mylla cakap yang dia tak solat zohor lagi . dah lewat dah . dia nak pergi solat . alasan lagi . ateh pergi tengok kedai makan sebelah , takut-takut boleh tumpang solat tapi sekali dengan ateh takut nak pergi tanya . haha last-last ateh tanye dengan aku yang aku kenal tak tempat yang aku cakap boleh solat tadi . aku pun cakap la yang aku tahu . mylla terus cakap yang dia tak bawak telekung semayang . kenyit punya kenyit noha pun cakap la yang dia ada bawak . ada dalam beg sekolah dia . alasan lagi nak elak takut terkantoi . takpe , ateh dengan eyqa pergi ambik barang yang kononnya barang akak ateh tapi sebenarnya kek . :D then , aku pulak pergi teman mylla solat . punya la lama ateh dengan eyqa pergi ambik kek , mylla siap solat pun dia tak sampai-sampai jugak lagi . lenguh wehh . kesian noha dengan zieyra kena tinggal dekat gerai pizza tu . haha sampai tu tengok air , pizza semua dah siap dah . dah cair dah pun ais . macam-macam alasan yang aku buat time tunggu ateh dengan eyqa datang ambik kitaorang dekat musolla tu . muka takyah cakap la , samapi mylla cakap . ni la budak jahat , pandai tipu orang . sikit pun tak syak . mylla percaya aku woii . haha :p

walaupun sakit , sempat jugak si zieyra tu snap . haha

 masa dalam kereta , on the way nak balik gerai tu , aku intai-intai la jugak mana budak dua ni sorokkan kek tu . sekali diaorang letak dekat kaki la , sebab takde tempat nak sorok . patot la aku nampak terkepit-kepit je kaki eyqa . haha tapi mylla tak perasan . sampai je , mylla terus turun . tapi duk berdiri tepi pintu eyqa , aku pulak susah nak keluar sebab beg penuh dalam kereta . eyqa pun cakap dengan ateh , pura-pura buat macam ateh nak ambik barang dekat eyqa duduk . ateh pun keluar la pura-pura pergi dekat eyqa , tapi mylla still lagi tak berganjak . aku pun keluar , then ajak mylla pergi duduk . kesian zieyra dengan noha . mylla pun follow la aku . duduk je , nampak ateh dengan eyqa datang bawak kek . mylla tak perasan , lepas aku gelak and tengok budak dua tu baru dia perasan yang ada kotak kek dekat tangan eyqa . mylla tengok aku , tapi biasa la pura-pura tak tahu . senyum je .

 eyqa datang and letak kek tu depan mylla . mylla tanya apa ni , sambil mata liar macam minta penjelasan . takde pape . saje je , rasa nak makan kek . haha mylla tanya lagi , apa ni ? kek sape . tapi kitaorang still lagi senyum , then dia cakap " untuk saya ke ? " atototo yela , untuk awak la tu sayang . sweet kan kitaorang ? haha dia sentuh kotak kek then cakap " nak nangis ah . " haha kitarang gelak je . tutup mata dengan sapu tangan , mata dah berair dah . eyqa tanya terharu ke tak . mylla terus jawab . terharu la . banyak kali cakap nak nangis . haha dengan aku-aku sekali sebak . sebak kay sebak ? sape yang tak terharu kan bila ada orang yang sanggup buat macam tu dekat kita . then , potong la kek tu . makan pizza , snap gambar . banyak jugak la kot gambar gila-gila . haha malu la jugak , dah besar pun buat gila-gila lagi . ada sepasang suami isteri ni datang dekat kitaorang tanya sweet yang keberapa , cakap dah 19 dah . diaorang terus wish congrate dekat mylla . cakap bertuah . diaorang pun gelak tengok kitaorang buat suprise dekat mylla . gelak kemain . sampai tersedak air , nasib tak mati tercekik air je aku ni . haha

with mylla .
 tapi , bila nak balik tu ada masalah la pulak . malu kay malu ? ada ke patot makcik tu halang jalan kitaorang nak keluar . tak nampak jalan sebelah . sempat jugak kereta ateh mati sebab tak boleh nak naik bukit depan gerai tu . semua orang yang ada dekat gerai dengan restorang tu tengok kitaorang . makcik tu pulak buat tak tahu . dah macam orang tak bersalah . sakitnya hati jangan cakap la . nasib aku tak turun pergi ketuk pintu kereta dia je . ramai doe orang masa tu . baru balik kerja . last-last nasib boleh naik , u-turn lepas tu sampai je depan gerai tu terus suruh ateh dengan noha tekan hon . biar sedar sikit . sakit gila hati ni . malu kau takyah cakap la . pergi hantar mylla , zieyra dengan noha dekat sekolah . noha adik dia dah tunggu dah . mylla dengan zieyra pulak masuk asrama balik . nasib cikgu ani takde masa tu . haha takut weii . kan kena marah kan malu . dah lewat dah , kena balik . and aktiviti aku dekat rumah pun berjalan macam biasa . haha

 tataa . assalamualaikum . :D

 wish untuk mylla : saya sayang awak kerana Allah . saya harap ukhwah yang kita bina ni sampai ke syurga Allah . even masa tu mungkin kita takkan jumpa lagi dah . and saya harap awak akan terus ingat kenangan yang kita pernah ukirkan bersama . sebanyak mana awak sayang saya , lagi banyak sayang saya untuk awak . even birthday awak dah lepas , tapi takpe nak sambut jugak . haha love you baby .  

Friday, April 5, 2013

juat give me a reason .

 assalamualaikum , hye you all . :D okeh , dah lama tak update blog nih . niat nak update tu ada tapi takde idea laa . kebetulan pulak kena siapkan PBS Pengajian Am lagi . otak dah tepu dah dibuatnya . kerja pulak last minute , lagilah . tapi bukan tu yang aku nak share malam nih . hope sudi baca . :')

 " assalamualaikum , awak . :') . lama tak contact , kan ? sibuk dengan PBS katanya . sokey la . memang sibuk pun kann ? so , now semua kerja dah hantar kan ? harap takde la sesibuk sebelum ni . awak sibuk , saya pun sama . sebab kita sama-sama kena buat benda tu . cuma sem ni PBS awak dua , tapi saya satu je . so , maknanya awak lagi sibuk la daripada saya , right ? :) nanti sem 3 lagilah sibuk  boleh dikatekan semua subjek ada PBS kann ? tapi takpe , masa depan lagi penting sebab usaha sekarang yang bakal mencorakkan masa depan kita . macam mana seminggu ni , oke ? mesti penat kan ? futsal main ke tak ? mana pergi seminggu ni ? lama menghilang . saya off fon pun awak buat tak tahu je . sedih . :/ tapi saya marah awak kan ? masa tu hati saya tengah sakit , memang la saya marah . maaf eh ? awak faham-faham jela saya ni macam mana , kan ? tapi saya pun kena faham awak jugak . forget it la senang , kan ? :)



nah , lagu untuk awak . walaupun awak tak suka dengar lagu bi tapi nak suruh dengar jugak . sebab bila saya dengar lagu ni saya boleh lepaskan apa yang terbuku dalam hati saya . tapi tutup dulu lagu blog saya ni , nanti tak dengar .

  by the way , selamat ulang tahun yang ke 19 . umur dah semakin meningkat , jadi kena la pandai dalam buat keputusan . semoga terus panjang umur , may Allah bless you . jada diri tu leklok . dah besar dah . berfikir pun dah makin matang dah . hadiah tak sempat nak post lagi . sibuk dengan PBS . nanti next week sampai la hadiah yang tak seberapa tu . nanti kalau ada rezeki kita jumpa eh ? btw , missyou la pakcik . :* hoho ukhwwah fillah abadan abada . :)

  credit to : abdul karim bin hamdan . :)

i love you stupid .
 written by : your flower .

 p/s : awak , ni :') maksud dia fake .