Saturday, September 14, 2013

Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

Assalamualaikum :)
kecewa
Kecewa | We come in peace by =Azzeria (devianart)
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
- Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia

Assalamualaikum :)
la tahzan
la tahzan
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
La tahzan (2)
La tahzan

Sunday, August 4, 2013

Bila Ramadhan Tiba , Kamilah yang Paling Bahagia .

Assalamualaikum ,

 Hai anak-anak yang baik, soleh solehah dan rajin sekalian . Harini Ibu nak story . Tapi blog Ibu takde lagu raya . Kesian kat korang takleh nak pepilingg , kan ? Nak buat macam mana , dah tukar tapi still jugak tak jadi . -,- Papepun , baca tau ? ^_^

 Bila je telinga ni mula menangkap bunyi halus mulus lagu hari raya, fikiran akan mula terbang jauh nun kebelakang . *berangan* Teringat pula time kecik-kecik dulu . Dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun yang lepas . Macam mana suasana bila sambut bulan Ramadhan , macam mana suasana sambut ketibaan bulan Syawal . And harini aku nak kongsi time kami sambut Ramadhan . Syawal nanti next entry . hehe

 Ohh , indahnya masa lalu hanya Allah je yang tahu . Tapi suasana sekarang dengan masa aku kecik-kecik dulu jauh berbeza . Majoriti kanak-kanak sekarang dah tak boleh rasa macam mana meriahnya suasana time kita kecik-kecik dulu . Meriahnya , bermula 1 Ramadhan sampailah tibanya Syawal boleh rasa . Asal tiba time puasa je mesti tak sabar sebab time ni lah boleh main bunga api , mercun banyak-banyak . Dah la macam-macam jenis mercun boleh  main .

 Mercun lalat , mercun gasing ,mercun  ketupat , mercun bola dan macam-macam lah. Sampai lupa dah nama mercun tu hah . haha Time nak raya lagi lah meriah , sebab kami sepupu-sepapat yang rapat-kerapatan yang tinggal tiga rumah yang dekat-dekat nih ( macam bulatan pun ada) yang time tu majoritinya still lagi kanak-kanak , yang dah remaja berapa orang je memang akan start buat kerja-kerja pembersihan bekalan mercun dan bunga api habis-habisan sampai kering . Bunga api besi pun kami main jugak , tapi tak sebanyak bunga api yang kaler merah tu lah . Sebab bunga api besi mahal dari bunga api merah tu .


Tahun depan beli yang lain pulak sebab yang tahun ni dah habis . haha Memang meriah lah . Serius rindu gile time tu . Duit raya pun banyak dapat , sekarang ? Kalau dapat seratus tu kira bersyukur berganda-ganda lah .  susah wehh nak dapat . Tambah pulak anak sedara aku yang tiga orang tu semakin membesar dan meningkatkan umur diaorang , lagi susah lah nak dapat duit raya . hurmm , alahaii . Kesian Mak Alang korang ni hahh . Takpe lah , demi anak sedara . Jap lagi anak sendiri pulak . hahaha Perasan betul . Takde pun yang nak dekat kau , kay ? -,- Okay , abaikan .

 Antara benda yang paling aku ingat time kitaorang kecik dulu ialahhhhhhh *bunyi drum*


 MERCUN PLAK .

 Tahu tak apa benda tu ? Tak tahu ? Meh nak tolong bagitahu . Aku ingat sebab tiap kali puasa wajib kami main . Lagipun ni salah satu mercun yang wajib kami main . And  pada kebiasaannya sepupu lelaki aku yang sama umur dengan aku la yang buat mercun ni . habis plak motor yang dah tak digunakan dia ambik , sebab nak buat mercun plak . Benda asas yang diperlukan untuk membuat mercun ni adalah plak motor yang dah tak digunakan , mancis , and kain perca . Tu je . And yang penting mercun ni tak merbahaya , just akan benjol kepala kau tu bila mercun ni mendarat atas kepala kau . Tu je risiko die . One more , sila main di atas jalan raya yang sunyi lagi sepi bagi megelakkan kemalangan jiwa raga daripada berlaku . ada paham ?  Cara-cara nak buat mercun ni pun senang je . Tapi satu je masalah die , aku tak reti nak explain dekat korang macam mana mercun tu dibikinkan . hahaha sorry , morry , lorry . -,-  susah wehh , kalau korang duk depan aku boleh la jugak aku nak buat demo bagai . nanti kalau nak tahu jugak korang just bagitahu aku je eh ? nanti aku tunjukkan macam mana cara die . Tapi cara main die aku boleh bagitahu . Cara die kau lemparkan ke atas plak tu then nanti bila plak tu dah sentuh jalan raya yang bertar tu palk tu akan hasilkan bunyi hasil daripada perlagaan yang berlaku antara mancis , plak and jalan raya . Kadang kuat and kadang langsung tak bunyi . Kalau part yang tu memang bikin sakit hati je . haha


 PELITA + LAMPU LIPLAP

 Kalau rajin mana-mana yang dah besar tu akan buat pelita buluh . Tapi kalau malas , pelita mana-mana pun boleh . Kawasan rumah kami memang akan terang tang tang dengan cahaya api pelita je . Jimat elektrik untuk lampu luar rumah . haha Lagipun time tu minyak tanah still lagi ada and murah tak macam sekarang . Dah la susah nak dapat harga kemain mahal . Mengalahkan harga pelita . Sampaikan jimat yang teramat kalau nak guna . -,- Berebut nak nyalakn api pelita , sampaikan ada yang sanggup tiup bagi mati then nyalakan balik . Apa punya perangai lah . Lampu liplap (kenal kan?) pulak tiga-tiga rumah ada , siap tolong pasangkan dekat rumah nenek lagi . haha Dekat pokok manggis kemain banyak pelita yang kami letak sebab kat situ gelap sikit berbanding  tempat lain . Betapa bercahayanya rumah kami . Best wooo . Rindu kay rindu . Sekarang rumah aku je yang liplap , sebab kami dah pindah . :/


 BAZAR RAMADHAN

 Kami tak pergi ziarah sangat pun bazar ramadhan . And aku pun dah lupa aku pernah pergi berapa kali and kat mana bazaar tu terletak . hoho



 Okay lah , sampai sini jela entry aku kali ni . Kan panjang-panjang sangat takde pulak yang nak bace blog buruk aku ni . Dah la entry ntah pape . *kesat air mata* Sebelum raya aku update pasal bulan Syawal and persiapan kami nak sambut raya . Kay , selamat menyapu air mata sebab penat duk scroll down entry aku nih . haha Love You All lah . :D Wallahu’alam . Assalamualaikum . :D

 # Jomlah Kongsi Korang Punya Pengalaman . :D

Saturday, July 13, 2013

Allah tahu , KITA MAMPU !

 Assalamualaikum , hai peeps . :* nah , kiss sikit . hahaha kay , batal puasa nanti . Jom , ada entry sikit harini nak bagi korang baca . :) sabar kay ? jangan bosan bosan . Nanti takda orang yang nak baca apa yang aku coretkan . Sedih je , tahu ? :/ siapa yang dah habis baca , bagitahu aku . Nanti aku bagi duit raya . haha


 Begitulah keluhan yang sering kali kita dengar . Yang acapkali terungkap dari bibir insan yang sedang diuji . seolah-olah pada pemikran mereka , ujian itu adalah bala bagi mereka . Ujian itu merupakan satu beban bagi mereka . ujian itu satu masalh ayng besar bagi mereka . Yang mana ketidakadilan sedang menimpa diri mereka . Ingatlah , hati yang tidak redha atas apa yang berlaku , tidak akan mampu menerima ketentuan dari-Nya . Walaupun mereka sedar , walaupun mereka tahu bahawa disetiap kesulitan itu pasti ada hikmahnya . Disebalik kepahitan itu pasti ada kemanisannya . Yang mana tiada satu benda pun yang mampu  menandingi kemanisan nikmat yang Allah kurniakan . Hanya Allah yang mampu lakukan semua itu .


 Kita semua sebagai manusia cukup mengerti bahawa tiada siapapun yang suka diuji , tiada siapapun yang suka akan kesusahan . Tiada satupun yang suka akan kepahitan atau kedukaan . Dan tiada penafian untuk kebenaran ini . Namun , Allah SWT telah meningatkan bahawa hakikat hidup tak selalunya indah . Kita sebagai hamba-Nya pasti akan diuji kerana ia adalah satu tapisan dalam menjadi hamba-Nya yang terbaik . Disebalik kesusahan itu pasti akan hadirnya kemanisan . Dan ingatlah , janji Allah itu pasti . :D

 " Dan sungguh , kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami benar-benar mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu ; dan akan Kami uji perihal kamu . " (QS Muhammad , 47:31) 

  Jadi berbalik kepada persoalan tadi , layakkah kita sebagai hamba-Nya untuk bertanya sedemikian ?


  Sebenarnya , hati kita perlu diajar untuk merasa bahagia apabila kita ditimpa masalah . Berbahagialah kerana Allah telah memilih kita untuk diuji . Allah memilih kita disaat berjuta umat di luar sana dibiarkan bergelumang dengan dosa dan maksiat . Tidakkah kita patut rasa yang kita ini adalah antara yang teristimewa di mata Sang Pencipta ? Dan kita sendiri pasti tidak mahu Allah SWT terus membiarkan kita hanyut dengan nikmat duniawi sedangkan nikmat di syurga itu lebih manis berbanding nikmat di dunia . Lebih indah berbanding nikmat di dunia . Tidakkah kamu merasa istimewa ?

 Oleh itu , terimalah setiap ujian Allah itu dengan hati yang terbuka . Dengan fikiran yang matang . Terimalah setiap ujian dan dugaan dari-Nya sebagai bekalan elektrik yang akan mengecas bateri untuk terus menyalakan lampu suluh sebagai petunjuk dalam menuju redha Ilahi . :)

 Percayalah , jika kita melalui jalan raya tanpa permukaan tar yang kasar dan berdebu , mana mungkin kita akan tiba di destinasi yang di tuju dengan selamat . Jalan yang licin tidak akan memberi daya geseran pada tayar . Akibatnya , kita begitu mudah tergelincir semasa memandu .

 Analogi yang mudah bukan ? Allah yang Maha Penyayang menguji kita kerana ingin kita sampai di syurga-Nya . Lalu Dia sediakan halangan , ujian dan dugaan sepanjang kehidupan ini agar hati kita semakin kuat sebelum menuju ke syurga yang hakiki .



 Natijahnya , bersyukurlah saat diuji . Kerana , tanpa ujian , kita akan mudah lalai dan semakin jauh dari Allah SWT . Malah , kita pasti akan senang tergoda oleh mereka yang mengajak ke arah kebatilan . Ayuh , sediakan antibiotik yang akan membuatkan kita semakin kuat di saat kita lemah . Bangkit di saat terjatuh . Dan tersenyum di saat menangis . Antibiotik itu akan terhasil dengan mengembalikan segalanya kepada Allah SWT . Rasulullah SAW saat ditimpa ujian akan segera menunaikan solat dan berdoa mengharapkan pertolongan Allah SWT . Kerana itulah adanya pesanan dari Allah SWT :

 " Wahai orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat . Sungguh , Allah beserta orang-orang yang sabar . " (QS Al-Baqarah , 2:153)

 Didiklah hati untuk yakin , Dia yang menurunkan ujian maka hanya Dia yang mampu menariknya semula . Imam Ghazali berkata : " Segala sesuatu jika kau pisahkan daripada dirimu pasti ada penggantinya , kecuali Allah . Jika kau pisahkan daripada hidupmu , nescaya tiada pengganti-Nya . "

 Oleh itu , walau apapun badai yang menimpa , sabar dan berjuanglah semampunya dengan kudrat yang diizinkan Allah SWT . Bersangka baik dengan Allah dan positif dengan apa jua warna-warni ujian-Nya yang bakal menghiasi lukisan hidup kita . Bertahanlah kerana Alla SWT tahu , kita mampu !

 " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . " (QS Al-BAqarah , 2:286)
  
 Jangan sesekali mohon kepada Allah supaya kurangkan beban dugaanmu , tapi mohon lah supaya Allah terus berikan kamu kekuatan , kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian dari-Nya . Itu lebih memadai buatmu . :)




 
 
Andai ada yang tersalah mahupun tersilap , mohon tegur . :) Wallahhua'alam . Assalamualaikum .