Saturday, October 20, 2012

soalan percubaan pengajian am ( sem 1 , objektif + esei )


  1. Negara demokrasi berparlimen merujuk kepada ciri-ciri
    | Ahli kabinet dilantik dari kalangan ahli dua majlis parlimen
   || Ketua kerajaan boleh " diturunkan " melalui undi tidak percaya
  ||| Ketua negara menjadi lambang dan menjalankan kuasa pemerintahan
 |v Dotrin pengasingan kuasa diamalkan untuk mengelakkan salah guna kuasa

 A | dan ||
 B | dan |v
 C || dan |||
 D ||| dan |v

 2. Antara penyataan berikut , yang manakah menyebabkan penamaan sebagai calon Dewan Undangan Negeri ditolak semasa hari penamaan calon ?

 A tidak mendaftar sebagai pemilih
 B wang pertaruhan ditaja oleh parti politik tertentu
 C alamat dalam borang pencalonan menunjukkan calon bermastautin di negeri yang tidak sama
    dengan kawasan yang ditandingi
 D pencadang menggunakan alamat tempat tinggal yang tidak sama dengan bakal calon tetapi masih
    dalam kawasan yang ditandingi

3. antara penyataan berikut , yang manakah yang berkaitan dengan badan perundangan ?

 A tempoh lima tahun penggal parlimen bermula daripada tarikh pembubaran parlimen
 B suruhanjaya pilihan raya berhak membatalkan keputusan calon yang memenangi pilihan raya
    secara tipu muslihat
 C proses pilihan raya boleh diadakan secara berasingan antara kawasan parlimen dengan kawasan
    dewan undangan negeri
 D jika encik X dilantik sebagai senator , tempoh memegang jawatan adalah tidak lebih dua penggal
     iaitu 8 tahun sama ada secara berterusan atau sebaliknya

4. yang manakah merupakan ahli ex-officio dewan undangan negeri melaka ?

 A mufti negeri
 B pegawai kewangan negeri
 C setiausaha kerajaan negeri
 D penasihat undang-undang negeri

5. antara berikut , yang manakah merupakan fungsi majlis raja-raja ?
 | memberi nasihat mengenai pelantikan ketua audit negara
 || mengarahkan kabinet mengubah dasar-dasar kerajaan yang menimbulkan bantahan rakyat
||| memberi persetujuan kepada cadangan perubahan sempadan negeri di semenanjung malaysia
|v memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penganugerahan pingat-pingat
   kebesaran negara

6. antara amalan berikut , yang manakah yang perlu dipatuji untuk memastikan tadbir urus yang
   baik ?
 | ketulusan
 || akauntibiliti
||| pengekalan prestasi
|v mematuhi undang-undang

A | dan ||
B | dan |||
C || dan |v
D ||| dan |v

7. antara mesyuarat berikut , yang manakah berperanan untuk menyelaraskan tadbir urus antara
    kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri ?
  | mesyuarat majlis raja-raja
 || mesyuarat majlis perancangan negara
||| mesyuarat setiausaha-setiausaha kementerian
|v mesyuarat menteri-menteri besar / ketua menteri

A | dan ||
B | dan |v
C || dan |||
D ||| dan |v

8 . * jackie dilahirkan di puau pinang pada 25 september 1960
     * bapanya warganegara poland manakala ibunya rakyat thailand
 antara yang berikut , yang manakah mengenai taraf kewarganegaraan jackie ?

 A bukan warganegara
B warganegara secara masukan
C warganegara secara pendaftaran
D warganegara secara kuatkuasa undang-undang

10. antara yang berikut , yang manakah merujuk kepada setiausaha kerajaan negeri ?

 A ketua perkhidmatan awam
 B menjalankan kuasa eksekutif di peringkat negeri
C mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri
D ahli jawatankuasa perhubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri

11. ketua audit negara bertanggungjawab untuk
  | menjelaskan kelemahan dalam perbelanjaan
 || menyiapkan laporan tentang akaun perbelanjaan
||| menerima dan mengutip caruman daripada majikan
|v menggubal dasar-dasar dan menguruskan pinjaman perumahan bagi kakitangan awam

A | dan ||
B | dan |v
C || dan |||
D ||| dan |v

12. antara penyataan berikut , yang manakah merujuk kepada suruhanjaya ?

A ahli majlis parlimen boleh menjadi ahli suruhanjaya
B saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh perlembagaan
C ahli-ahli boleh dipecat hanya melalui syor oleh satu tribunal penyiasatan
D boleh memegang jawatan selagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

14. antara yang berikut , yang manakah merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke atas negeri sabah ?

 A melantik majistret bagi mahkamah sivil di negeri tersebut
 B melantik Yang di-Pertuan Negeri dengan syor dari Perdana Menteri
 C membubarkan DUN setelah disyorkan oleh Perdana Menteri
 D menandatangani rang undang-undang yang diluluskan oleh DUN

15. * menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian
     * mengabungkan kepakaran terbaik dari sektor awam dan sektor swasta
     * menyokong penyampaian program transformasi kerajaan dan program trasformasi ekonomi
 penyataan diatas merujuk kepada agensi

 A unit penyelarasan pelaksanaan (UPP)
 B unit kerjasama sektor awam swasta (UKAS)
 C unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan (PEMANDU)
 D unit pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan malaysia (MAMPU)


 BAHAGIAN C

1. kualiti hidup amat penting dalam kehidupan bernegara .cadangkan usaha-usaha bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat malaysia .

2. tenaga muda yang berpotensi perlu untuk membangunkan negara dalam pelbagai bidang . namun usaha membagunkan potensi tenaga muda menghadapi pelbagai rintangan .jelaskan .

3. masalah berkait ekologi semakin serius dan turut dirasai kesannya di negara kita .oleh itu , usaha ynag bersepadu perlu dilaksanakan untuk menanganinya .bincangkan .


                                                                               nur nabilah zakaria
                                                                             SMK Tengku Ibrahim

No comments:

Post a Comment